Saturday, March 20, 2010

Hati Kasih





BISMILLAH....
YA ALLAH...
jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu dan agamaMu..
YA MUHAIMIN..
jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,....
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu dan tidak jagalah hatiku ini agar tidak berpaling
daripada agamaMu...
YA RABBUL IZZATI....
jika aku rindu..rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
YA ALLAH...
jika aku rindu..janganlah rindu ku ini menjadi lalai untuk mendapatkan Rahmat-Mu
YA RAHMAN
jika aku menikmati cinta manusia...
janganlah kenikmatan itu lebih dari nikmat indahnya bermunajat sepertiga malam....
YA RAHIM..
jika Engkau halalkan aku untuk merindui cinta manusia...
jangan biar aku melepasi batas sehingga lupa pada CINTA HAKIKI dan RINDU ABDI
hanya kepadaMu....
YA ALLAH...
halanglah aku daripada mencintai N___ ________...
sekiranya dia tidak mempunyai agamaMu....
Aaaamiiiiiin...............

BISIKAN MALAMku di asrama muslimin..

Apabila ku didatangi malam(di aspura)
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan.

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasihMu
Pimpinlah daku dengan hidayahMu

Tuhanku....
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaanMu
Tempatkan daku di dalam RahmatMu

Tuhanku....
usah Kau biarkan diriku
Hanyut terleka,di jiwa dunia membelenggu
Dan aku pasrah&berserah diri padaMu
Hidupku,Matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah,tunjukkanlahku jalan kebenaran
Suburkan jiwaku dengan keimanan
Hanya padaMu,Ya Allah
Ku sandarkan harapan..

Arus Kehidupan




Puas sudah,kucari kebahagiaan,di sisi teman-teman,
kudapat hanya kelalaian,kucari lagi,
di hati seorang kekasih yang bernama N___ _________,
kudapat hanya kekecewaan,dan kuterus mencari,
dalam meniti hari,penuh kekosongan....

oh,dimana lagi harus kumencari,membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,rindu yang tiada haluan,
aku keliru sendiri,apa yang kucari,apa yang kuperlukan,
aku masih tak bisa mengerti.

yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi..
sejenak ku tersedar,aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang merindukan,hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan..

kusedar,
destinasi pendirianku di sini,ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredhaan,menagih kebahagiaan,
dari sinar cahaya iman.

ARUS KEHIDUPAN INI....

Arus sungai mengalir dari hulu ke hilir
Membawa muatan lumpur kelikir
Arus hidup meniti dari subuh ke larut malam
membawa bekalan dosa dan pahala

Arus angin menyisir dari dahan ke ranting
*some text missing*
Arus nafsu memungkir kata dan janji
Menyimpang manusia jauh dari Tuhan

Arus ini sungai kemajuan
Arus ini sungai pengorbanan
Arus ini sungai kebajikan
Arus ini sungai keimanan
*Arus ini arus-lah*(tah ape2 tah)...


ANA UHIBBUKA FILLAH

Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, adakah kamu fikir Allah sengaja mentakdirkan segalanya.. Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya.....

Whatever you give to life,it gives you back.do not hate anybody. they hatred which comes out fro you will someday comeback to you. love others.and love will comeback to you.
*dongar buleh cayo jangan*



Hati ini














"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau
membolak-balikkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".

HATI INI........

SEPI MALAM DITEMANI BINTANG,
TERIK MENTARI DITEMANI BAYU SIANG,
TUHAN YG ESA MENJADIKAN MANUSIA BERPASANG-PASANGAN
MALAM DAN SIANG
SEJUK DAN PANAS
SUKA DAN DUKA
NAMUN...MENGERTILAH HATI INI..
DIMANA ADA PUNCAKNYA..PASTI ADA SURUTNYA.....
DIMANA ADA TENANGNYA..PASTI ADA KALANYA KOCAKKANNYA...
MENGGEGARKAN JIWA..
NAMUN HATI..JANGAN SEKALI KAU TUNDUK PADA TUNTUTAN NAFSU ITU..
AMARAH MU ITU..
KERANA RABB MU TELAH BERPESAN PADAMU..
-HATI MU ITU SENTIASA BERBOLAK-BALIK.
DAN HATIMU ITU..HANYALAH DI PEGANG OLEHNYA..
MAKA JANGANLAH HATI INI DIGUSARKAN OLEH KATA2 HATI..
YG ACAP KALI DIBISIKKAN KATA2 DUSTA DARI MUSUHMU...
JANGANLAH HATI INI..GUNDAH GELANA DENGAN MASALAH2 DUNIAMU ITU..
KERANA INGATLAH HATI INI...PADA JANJI RABB MU..
JANJI YANG KEKAL ABADI..JANJI YG HAQ...
JANJI YG PSTI...
INGATLAH...
-LA TAHZAN INNALLAHAMA'NA
'JANGAN BERSEDIH..SESUNGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA..
YAKINLAH DENGAN JANJI RABB MU WAHAI HATI..
MOGA TABAH HATI..TAK BERBELAH BAGI..
MOGA TENANG HATI...TAMBAN KASIH ILAHI













sahabat




KAWAN....APE ERTI KAWAN?

tengok muka2 kat atas tu,handsome x?handsome kn...apa erti kawan?


mari renung2 kn.......


kata mak,

kawan tu ibarat lebah,

habis madu sepah dibuang.......

kata abah,

kawan tu umpama bunga ros,

dipandang cantik dipegang

sakit.....

kata atuk,

kawan tu seperti air

terus mengalir.....

kata nenek,

kawan tu bak bulan

dipuja dan disanjung tp nun jauh

di

sana....

kate sedare,

kawan tu mcm makanan,

kawan makan kawan!!

kata abang,

kawan tu seperti lembu

mengikut saje ape dikata........

kata kakak,

kawan tu tak ubah macam

durian

bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,

kawan tu macam biskut

sekejap ade sekejap takde.......

kata ana,kawan tu macam main game PES 2010...kejap2 seronok,kejap2 tension....tapi kan...."Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.".lagi satu..."kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar,..selain daripada keluarga,kawan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian,..renung2kanlah,apa erti kawan.,

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.(buleh percaya ke?


Ingatan Untuk Sahabat
Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata. Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan.

Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan. Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri.

Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ? Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.


Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja. Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah. Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah....